Monday, March 12, 2007

Unstable Angina..

Saya mahu belajar sekarang ini. Tapi saya mahu berkongsi sesuatu dengan awak. Sesuatu yang baru saya pelajari hari ini. Sambil menulis blog, saya mengulangkaji pelajaran saya.

Saya belajar mengenai serangan jantung. Ya, saya masih dalam block cardiovascular lagi sekarang ini. Saya akan terangkan satu penyakit jantung kepada awak. Saya mahu awak menjadi seorang yang serba boleh. Saya tidak mahu awak fokus pada bidang awak sahaja sehinggakan awak tidak mengambil tahu mengenai bidang lain.

Hari ini, saya akan ajar awak megenai ilmu perubatan. Ayat saya berulang-ulang nampaknya. Tidak jadi masalah. Bukankah pengulangan satu perkara yang baik? Saya akan ajar awak mengenai Acute Coronary Syndrome. Acute Coronary Syndrome ini terbahagi kepada 3. Saya tidak mahu mengelirukan awak. Saya akan terangkan salah satu Acute Coronary Syndrome sahaja iaitu Unstable Angina. Ini adalah serangan jantung yang biasa dialami manusia. Tandanya, sakit dada yang berterusan melebihi setengah jam. Tiada sel jantung yang mati. Hanya ischemic (kekurangan oksigen) sahaja.

Bagaimana penyakit ini boleh terjadi? Ianya terjadi bila mana awak mengambil pemakanan yang banyak kolestrol. Kolestrol akan terkumpul membentuk atheromatous plaque. Awak juga boleh terkena penyakit ini dengan penambahan usia kerana atheromatous plaque akan terbentuk seiring dengan usia. Sekiranya awak mengambil subjek fizik, bahasa mudahnya, pembentukan atheromatous plaque berkadar langsung dengan usia. Awak tidak boleh menghalang pembentukan atheromatous plaque. Itulah sebabnya Rasulullah SAW pernah bersabda, semua penyakit ada ubatnya kecuali penyakit tua.

Atheromatous plaque ini diselaputi oleh parut yang dinamakan sebagai fibrous cap. Bila mana parut ini bocor sedikit, unstable angina akan terjadi.

Apa yang menarik mengenai penyakit ini? Rawatan yang diberikan. Perkara pertama yang akan dilakukan oleh setiap doktor adalah memberi aspirin kepada pesakit untuk menghalang kebocoran yang terjadi dari merebak.

Kemudian, doktor akan memberi sejenis lagi ubat. Namanya heparin. Tapi, heparin ni sangat melecehkan. Kalau beri sedikit, tidak berkesan. Kalau beri banyak, berbahaya. Perlu beri cukup-cukup sahaja. Leceh kan? Menyukarkan kerja doktor. Hehe..

Jadi, apa penyelesaiannya? Inilah klimaks tulisan ini. Doktor akan memberi sejenis heparin yang lebih berkesan. Namanya Low Molecular Weight Heparin (LMWH). Ubat ini amat berkesan untuk merawat Unstable Angina. Tapi ubat ini berasal dari babi. Haram ke? Jawapannya tidak, sebabnya setiap bahan yang asalnya haram apabila melalui proses kimia yang berulang-ulang, sehingga hilang rupa asalnya akan menjadi halal.

Awak keliru? Usah keliru. Cuba awak bayangkan, awak menanam pokok rambutan. Awak akan menggunakan baja dari tahi lembu. Baja dari tahi lembu yang najis dan haram ini akan digunakan oleh pokok rambutan tersebut untuk menghasilkan buah yang begitu enak. Haram ke buah rambutan? Tidak. Begitu jugalah dengan ubat ini.

Contoh lain adalah buah anggur. Pernah minum jus anggur? Halal bukan? Apa akan terjadi kepada jus anggur itu sekiranya diperam. Ia akan menjadi arak. Arak halal ke haram? Haram. Buah anggur yang halal juga boleh menjadi haram.

Kenapa saya bercerita mengenai perkara ini? Mudah-mudahan awak mampu memberi kefahaman kepada orang yang menolak ubat tersebut, walau siapa pun dia. Sekiranya dia seorang Muslim dan menolak ubat tersebut tanpa kefahaman yang jelas, dia akan mati sia-sia kerana serangan penyakit jantung.

3 comments:

jhazkitaro said...

salam dari bumi Dublin...

zf_zamir said...

kenapa dari babi? kenapa tak dari lembu? ayam? kambing?

kenapa mesti dari babi? memang dah tak ada alternatif?

ada teori agenda..

ummuafeera said...

jhazkitaro, salam juga...

zf_zamir, barangkali awak boleh search mengenai low molecular weight heparin di google, mengenai research yang telah dijalankan..

sy tak rasa setiap perkara ada teori agenda..

sekiranya ada yang terkena penyakit yang melibatkan injap jantung, injap yang paling sesuai untuk menggantikannya adalah injap jantung dari babi atau lembu..kerana kesesuaiannya..semua ini bukan keputusan sehari dua...ianya hasil dari research yang bertahun-tahun...

There was an error in this gadget